Tuesday, December 15, 2009

Lawak Guru & Murid

CIKGU : Naim, kenapa kamu datang lewat hari ni? 
NAIM : Hujan lebat cikgu..

CIKGU :
Semalam, kenapa awak tak hadir??
NAIM : Hujan, cikgu..

CIKGU : Aik!! Hujan juga.. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??
NAIM : Banjir cikgu..

CIKGU : @#^%$%^*

**********************************************


CIKGU : Faiz, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
FAIZ : Untuk mencari makanan, cikgu..

CIKGU : Bagus, sekarang giliran Ain pula. Apakah tugas batang pokok pisang?
AIN : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu..

CIKGU : Pun bagus juga. Sekarang, giliran Fadil pula. Apakah tugas daun pisang?
FADIL : Untuk membuat 'tapai' cikgu..

CIKGU : Uii.. lagi bagus. Sila berdiri atas meja sampai tamat waktu kelas!

**********************************************

CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Aiman, bangun..
(Aiman yang baru bangun dari tertido tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?
AIMAN : Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih tu..
(sambil menangis melolong..)

CIKGU : Mampoooss kalau aku ada 20 orang pelajar
macam ni.. (dalam hati)