Tuesday, December 15, 2009

BERTUDUNG TAPI...

From: ummibasyir@gmail.com
nadiakzm

      Sementara menunggu hujan berhenti selepas kuliah Maghrib malam tadi, penulis bersembang-sembang dengan 3-4 orang ahli jemaah. Macam-macam perkara dibincangkan termasuk hal berkenaan kedudukan terkini isu Kartika. Tapi itu tidak menjadi topik yang ingin ditulis di sini.
     Apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah isu yang dilontarkan oleh salah seorang ahli jemaah. Menurutnya, beliau terbaca satu berita di sebelah negara Afrika yang mengatakan bahawa salah sebuah daerah di negara tersebut telah mengambil tindakan melarang kaum wanita di daerah tersebut daripada memakai bra. Tindakan itu dikatakan bagi mengelakkan tubuh wanita kelihatan seksi kerana pemakaian bra boleh menampakkan bentuk payudara mereka. Bagi penulis ia sememangnya satu kenyataan yang mengejutkan. Penulis menganggap ini satu kenyataan yang cuba diputarbelitkan oleh media Barat....

Bagaimana mungkin seorang wanita muslimah yang berpakaian menutup aurat mengikut kaedah yang memenuhi kehendak hukum syara', dikatakan 'seksi' hanya kerana 'under ware' mereka. Bukankah 'under ware' itu kedudukannya di dalam dan terselindung di sebalik pakaian luar. Tiada isu akan timbul kecuali 'under ware' yang sepatutnya menjadi pakaian yang teselindung sengaja dizahirkan seperti yang berlaku kebanyakannya pada hari ini.
Apakah ini cara berpakaian yang dipakai oleh wanita-wanita Islam kita pada hari ini?

Di zaman 70an, cukup sukar untuk melihat wanita Muslimah pakai tudung. Nisbahnya sekitar 1:50. Satu pakai, 50 tak pakai.
Di pertengahan zaman 80an, sudah ada kelihatan ramai wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya 1:10. Satu pakai, 10 tak pakai.
Zaman 90an menyaksikan lebih ramai pakai tudung, dan yang tak pakai tudung sudah berkurangan. Nisbah 10:3. 10 pakai tudung, 3 tak pakai.
Di zaman 2000 ke atas, 10 pakai tudung, 1 orang tak pakai tudung.
Tetapi yang pakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang pakai tudung kerana pelbagai tujuan.

* Ada yang pakai sebab ikut-ikut
* Ada yang pakai sebab malu kalau tak pakai
* Ada yang pakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung
* Ada yang pakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja
* Ada yang pakai sebab ada peraturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Khadijah
* Ada yang pakai sebab takut pada mak ayah
* Ada yang pakai kerana iman dan taqwa

Apa pun, menutup kepala adalah sebahagian daripada ajaran Islam dalam menutup aurat bagi wanita. Tetapi tutup rambut sahaja tidak cukup kalau tidak tutup aurat dengan cara yang betul.



Cara tutup aurat yang betul.

Masalahnya.. Trend sekarang..
* Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang
* Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada
* Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis
* Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan
* Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut
* Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis
* Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher
* Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent


Siapa yang mempromosikan cara-cara pemakaian tudung berkenaan dan menjadi ikutan?
Sama-sama la kita renung dan fikirkan....