Khamis, 4hb Februari 2010, SKKI - SK Kubang Ikan telah menganjurkan acara Merentas Desa 2010. Acara bermula 8.00 pagi dan tamat pada 12.30 tgh. Semua murid melibatkan diri dalam acara ini termasuk murid PRA dan Resos (Kelas Masalah Penglihatan). Pertandingan diadili mengikut rumah sukan dan rumah Merah telah menjadi juara! hehehe. Tahniah buat semua pemenang, yang tewas cuba lagi tahun hadapan. Dan......Tahniah buat Rumah Merah!!!
SKKI, 19 Nov 2009 - Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKKI kerana seramai 20 orang daripada 130 orang calon yang menduduki UPSR pada tahun ini telah mendapat 5A. Syukur Alhamdulillah..
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada murid yang berjaya.. Yang tidak berjaya.. Jangan putus asa.. Perjalanan anda masih jauh.. Cuba lagi. Insya Allah anda akan berjaya suatu hari nanti..
Dan kepada semua guru.. cabaran menanti anda.. dapat ke maintain @ tingkatkan jumlah tu tahun depan?
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
KERAJAAN mengkaji kemungkinan program pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah memperluaskan lagi pembelajaran bidang terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, setakat ini, prestasi murid yang mengikuti program j-QAF amat menggalakkan walaupun di kalangan kanak-kanak yang belum mencecah tahun enam.
“Data pencapaian seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa Arab 81.24 peratus dan jawi 89.87 peratus,” katanya, menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, di Dewan Rakyat, semalam.
Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.
Dari semasa ke semasa, guru berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah pembelajaran, apatah lagi bagi guru pendidikan khas. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu perlu dibantu bagi memastikan ia berjaya di dalam kelas.
Kebiasaannya pelbagai teknik dan cadangan yang diberi, namun mereka perlu membuat penyesuaian kerana setiap murid adalah berbeza. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.
Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel finish no flower again.
(maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya sudah tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:
Lawak Dalam Kelas Guru : Sudin, di mana letak Australia ? Sudin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta ) Guru : Bagus! Sekarang, Halim, siapa yang menemukan Australia? Halim : Sudin, Cikgu!
Anak Dan Bapa
Zuhdi pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
"Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!"
"Kamu buat silap apa, Zuhdi?"
"Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu."
"Apa yang ditanya cikgu?"
"Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.."
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu. Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke? Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu! Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
KUALA LUMPUR, 15 Dis - Rakyat Malaysia, terutama dari kaum Melayu perlu mempelajari bahasa Mandarin memandangkan ia kini menjadi bahasa yang cukup penting apabila China muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata dengan mempelajari satu lagi bahasa, ia akan membolehkan seseorang itu memahami dengan lebih jelas mengenai orang lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza, sekaligus membolehkan mereka lebih menghormati antara satu sama lain.
"Hanya apabila kita menghormati antara satu sama lain, baru kita boleh jadi rakyat Malaysia yang sebenar," katanya semasa berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini Isnin malam.
Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta...